Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Aktiviti Komuniti di Buletin FM

Webinar Kempen Cakna Kesihatan Mental : Nyawa Di Hujung Tanduk, Di Mana Pintu Keluar?

today14 September 2022

Background

β€œKan lebih baik kalau aku tiada. Pasti semua ini takkan terjadi.”

Terkadang, ayat ini menjadi mantera kehidupan seseorang. Lantas apa yang perlu kita lakukan apabila idea ini terlintas dalam fikiran atau kita mendengar daripada orang sekeliling kita?

Pemikiran seperti ini mungkin akan membawa kepada rancangan atau tindakan yang membahayakan diri sendiri terutama bagi mereka yang sudah berputus asa. Lebih membimbangkan lagi, tragedi bunuh diri semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Ingin tahu bagaimana untuk mendapatkan bantuan atau memberikan bantuan bagi mengatasi masalah tersebut? Jangan Menderita Bersendirian..Marilah bersama menyertai Webinar Kesihatan Mental 2022.

Webinar Kesihatan Mental kali ini kembali bersama tajuk hangat iaitu ‘Nyawa di Hujung Tanduk : Mana Pintu Keluar’

Bersama jemputan istimewa Dr Nurashikin Ibrahim, Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam, Sektor Kesihatan Mental, Pencegahan Kecederaan & Keganasan dan Penyalahgunaan Substans, KKM pada :

πŸ—“οΈ 17 September 2022 (Sabtu)
πŸ•£ 8.30 – 10.00 malam
πŸ“Facebook Live di
1. Malaysian Mental Care Association (MeCare)
2. Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM)
3. SAYA IKRAM Muda
4. Laman Minda
5. I Counselling Services Muar (ICSM)
6. Medical Mythbusters Malaysia (M3)
7. UTPeers
&
πŸ“ Youtube Live di
8. JMTI Peer Facilitator Club

Jemput beramai-ramai kita cakna kesihatan mental !

Poster Acara

Written by: Deen


Previous post

Ekonomi

Lebih RM10 juta nilai tambah dijana melalui ICP

Lebih RM10 juta nilai tambah berjaya dijana melalui perolehan dua unit steΒ­sen janakuasa arang batu super kritikal ultra 1,000 megawatt, melibatkan Penyedia Program Kolaborasi Industri (ICP), Toshiba Energy Systems & Solution Corporation (TESSC).

today14 September 2022