Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Wawawien sasar jualan RM20 juta tahun ini

today17 January 2022

Background


PETALING JAYA – Syarikat Wawawien menerusi rangkaian jenama Wawawien Beaute dengan penghasilan Vitamin C Gebu Glow mensasarkan jualan sebanyak 20 juta tahun ini.

Sasaran itu dilihat berkemungkinan besar boleh menjadi kenyataan menerusi pelantikan aktres Fasha Sandha sebagai duta produk dipasarkan itu.

Pelantikan ibu kepada tiga cahaya mata itu diumumkan hari ini dalam satu majlis bertemakan drama Emily In Paris di sebuah premis acara di ibu kota.

Syarikat milik 100 peratus bumiputera itu ditubuhkan Ogos 2015 dengan status enterprise dan bertukar Sdn. Bhd. sejak 20 Julai 2020.

Syarikat itu diusahakan dua beradik kelahiran Kedah, Maizatulnazwa Mohd Zulkifli (Wawa), 34, dan adiknya, Nurul Nazwin Mohd Zulkifli (Awien), 29.

“Kami melalui fasa lumrah dalam hidup yang ada turun naik. Saya dan adik bekerja sebagai pramugari asalnya. Selepas berhenti kami bergelut meneruskan hidup sebagai manusia, isteri dan ibu.

“Kami memulakan perniagaan menjual 200 helai tudung dari rumah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post