Connect with us

Buletin

Virus Polio: Bolehkah Pesakit Kanser Ambil Supplement?

Semoga bermanfaat..

Published

on

Umum mengetahui, penyakit polio kini telah merebak ke Malaysia susulan satu laporan mengenainya berlaku di Sabah. Penyakit polio adalah disebabkan virus yang menyerang sistem saraf manusia sehingga mampu menyebabkan pesakit tersebut lumpuh. Jika kegagalan pernafasan berlaku, ia juga boleh membawa maut kepada manusia.

Menurut Dr. Faisal Mohamad Fazli, Pakar Kanak-Kanak Hopital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur, kes polio terakhir di Malaysia adalah pada tahun 1992. Setelah diisytiharkan bebas daripada penyakit tersebut pada tahun 2000, satu kes telah berlaku pada tahun ini sehingga menimbulkan kebimbangan ramai pihak.

Menurut Dr. Faisal juga, kebanyakan individu yang dijangkiti polio tidak menunjukkan sebarang gejala. Namun, sebilangan kecil kes akan mengalami gejala lebih serius akibat jangkitan pada otak dan saraf tunjang seperti kebas dan muntah-muntah.

Sementara itu, langkah-langkah untuk mengelakkan penyakit tersebut berlaku juga boleh diambil dengan mendapatkan vaksin polio. Di Malaysia, vaksin polio diberi sebanyak empat (4) dos secara kombinasi bersama vaksin difteria, pertussis, tetanus dan Haemophilus influenzae type b (Hib) kepada kanak-kanak yang berumur 2, 3, 5 dan 18 bulan.

Vaksin ini diberi secara percuma untuk warganegara di semua fasiliti kesihatan kerajaan dan caj minima dikenakan bagi bukan warganegara selain dinasihatkan untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

Bagaimanapun menerusi temubual Dr. tersebut melalui Kool Talk hari ini membincangkan berkenaan: Bolehkah pesakit kanser mengambil supplement tambahan bagi menghindarkan diri daripada virus tersebut? Jom kita dengar penerangan Dr. dibawah:-

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di