Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi perjalanan pernikahannya yang banyak dugaan dilalui.
Pada awalnya, ibunya disahkan positif Covid-19 lima hari sebelum majlis tersebut dan itu membuatkan adik-beradik yang lain membuat keputusan untuk tidak pulang atas sebab kebaikan bersama.
Disebabkan itu, dia terpaksa melakukan segala persiapan perkahwinan sendiri. Malah, dia juga terpaksa membatalkan tempahan pelamin dan khemah.
Namun, dia menerima khabar sedih sehari sebelum majlis tersebut apabila bakal suaminya juga positif wabak itu. Tetapi, mereka tetap meneruskan majlis tersebut dengan jarak yang jauh dan sebaik saja akad nikah suaminya terus masuk ke dalam bilik untuk dikuarantin.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: