Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

[VIDEO] Hidung Jadi Cacat Lepas Surgery, Lelaki Ini Mahu Saman Doktor Estatik RM2.7 Juta

today4 April 2022

Background


Menerusi video tersebut, seorang lelaki yang juga pemilik sebuah salon nekad mahu menyaman dua doktor estatik dari sebuah klinik kesihatan terkenal sebanyak RM2.7 juta selepas mengalami kecacatan di hidungnya.

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Adam itu, dia pada asalnya mahu melakukan pembedahan bagi membetulkan hidungnya yang sedikit senget. Malah, doktor tersebut telah memberitahu 98 peratus hidungnya akan kembali sempurna.

Walau begaimanapun, selepas melakukan pembedahan pada 21 Mei tahun lalu dengan kos RM10,000, hidungnya menjadi cacat dan tidak seperti dijanjikan oleh doktor itu.

Beliau berkata, dalam kes ini tuntutan anak guamnya terhadap defendan atas kuasa tindakan kecuaian perubatan, salah nyata dan penipuan terhadap anak guam semasa melakukan pembedahan ‘rhinoplasty surgery’.

Difahamkan,saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan ditetapkan pengurusan kes pada 12 Mei ini.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post