Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

[VIDEO] “Dia Lagi Hebat Daripada Kita…”- Anak Neelofa Terima Duit Raya Cecah RM14,000!

today9 May 2022

Background


Umum mengetahui, pasangan selebriti Neelofa dan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz sudah pun menimang cahaya mata sulung yang diberi nama Muhammad Bilal.

Terbaharu, satu perkongsian di laman TikTok mendapat perhatian warganet kerana duit raya yang diterima Bilal mencecah ribuan ringgit. Wah!

Baca juga: Bapa Kongsi Cara Betul Simpan Duit Raya Anak, Barulah Tak Rugi!

ANAK NEELOFA TERIMA DUIT RAYA CECAH RM14,000!

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Neelofa menerusi hantaran video di aplikasi TikTok yang mana dia dan suami mengira duit raya diterima anaknya itu pada sambutan hari raya baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, PU Riz berterima kasih pada semua yang memberi duit raya pada anak sulung mereka.

Jelasnya, hasil duit raya diterima oleh Bilal ialah sebanyak RM14,020 dan ada juga yang turut memberi sebanyak 1000 Dirham. Rezeki sungguh!

@neelofa

♬ Eid Mubarak –…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Haidatina Aznam


Previous post