Menerusi video yang dimuat naik oleh @TravelJimat di Twitter, kelihatan seorang lelaki sedang mengamuk di hadapan rumah jirannya.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku kerana CCTV yang dipasang di rumah jirannya itu boleh bergerak dan dihalakan ke rumahnya. Lelaki tersebut berasa tindakan jirannya itu mengganggu privasinya dan menganggap jirannya itu sengaja menghalakan CCTV ke arah rumahnya bagi tujuan menghendap.
Di dalam video tersebut juga, kedengaran lelaki itu berkata “Otak fikir sikit. Kau nak tinjau apa rumah aku? Kau nak tinjau bini aku?”.
Namun begitu, CCTV yang dipasang jirannya itu merupakan jenis yang boleh detect segala pergerakan. Oleh itu, ia akan bergerak mengikut pergerakan yang dikesan.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: