Connect with us

Hiburan

Ustaz Ebit Lew Bantu Zoo Negara

Manusia dia bantu.. haiwan pun dia bantu!

Published

on

Sebelum ini tular membantu orang ramai yang menghadapi masalah isu air dan memberi bantuan kepada 250 orang driver bas sekolah, pendakwah bebas ustaz Ebit Lew juga turun padang bagi membantu haiwan-haiwan yang berada di Zoo Negara.

Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari zoo negara untuk selamatkan haiwan disana. Perbelanjaan mereka 1 juta sebulan…

Posted by Ebit Lew on Sunday, 15 November 2020

Menerusi laman sosial Facebook, Ebit berkongsi  pengalamannya memberi bantuan berbentuk makanan kepada haiwan-haiwan di zoo tersebut.

“Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana. Perbelanjaan mereka RM1 juta sebulan hanya untuk makanan dan penyelenggaraan zoo.

“Sekarang dah banyak bulan tiada langsung pendapatan semenjak awal PKP. Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi. Petang ni terus bawa 200kg daging lembu dan 500kg buahan dan sayuran.

“Dulu saya sampai sini masa darjah 1. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan pada anak haiwan di sini,” tulis Ebit menerusi ruangan kapsyen.

Tambah Ebit lagi, zoo tersebut diuruskan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Malah, sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan berbentuk dana atau makanan sangat dialu-alukan dan boleh menghubungi pihak zoo.

Ebit juga sempat meluangkan masa memberi makanan dan melawat haiwan-haiwan yang ada di sana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Lain pula di ruangan komen, tindakan Ebit yang pantas menghulurkan bantuan kepada haiwan yang memerlukan itu mengundang rasa sebak kepada netizen. Seterusnya mereka juga memberikan pujian dan kata-kata positif agar Ebit tidak putus asa menghulurkan bantuan pada sesiapa yang memerlukan. Antara komen yang diberikan:

Aku tak tahu nak kata apa dah. Sampai zoo pun ustaz Ebit Lew pi beri bantuan, memang ustaz Ebit insan pilihan Allah,” komen seorang wargamaya.

Kemuliaan hati ustaz akan di doa oleh haiwan-haiwan yang berada di zoo kerana ustaz tak terlepas pandang akan kebajikan buat mereka. Doa haiwan-haiwan tiada hijabnya,” kata seorang wargamaya.

Terbaiklah UEL ni. Bukan orang susah je diberi pertolongan, malah binatang makhluk ciptaan Allah ni pun diberi pertolongan. Moga UEL sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki,” puji seorang wargamaya.

Semoga ustaz Ebit Lew sentiasa dimurahkan rezeki.. Terima kasih ustaz!

 

 

Baca juga:

Ramai Puji Ustaz Ebit Lew Beli Dua Lori Tanker Air Bantu Penduduk Selangor Yang Terjejas

Dibenarkan Kembali Turun Padang, Ini 21 Pesanan  Daripada Ebit Lew

 

 

 

 

 

Sumber: Facebook Ebit Lew, Instagram Ebit Lew 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di