Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Undian peserta Usahawan Masterclass Buletin FM (Round 2) dibuka mulai
Khamis, 29 September 2022 (3 petang) sehingga Rabu, 5 Oktober 2022 (11.59 malam).

Pemilihan pemenang ditentukan berdasarkan 70% markah panel juri dan 30% undian dalam talian.

Maksimum 20 undian setiap hari.

TERMA DAN SYARAT

  1. Usahawan Masterclass Buletin FM adalah sebuah peraduan yang dianjurkan oleh Buletin FM, bermula dari 22 Ogos 2022 – 23 Oktober 2022 untuk penyertaan.
  2. Usahawan Masterclass Buletin FM ini terbuka kepada warganegara Malaysia, lelaki dan perempuan, berumur 18 tahun ke atas.
  3. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan atau menggantung peraduan pada bila-bila masa dalam tempoh peraduan tanpa memberikan notis terlebih dahulu.

MEKANISME WEBSITE

  1. Peserta perlu menghantar idea perniagaan mereka dan hantarkan ke www.buletinfm.audio.
  2. Hanya 3 penyertaan sahaja yang akan dipilih setiap minggu dan dinilai secara bersemuka oleh penyampai Buletin FM dan juri-juri yang berpengalaman untuk memilih pemenang mingguan. Hanya seorang pemenang sahaja yang akan dipilih setiap minggu. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kata putus dari penyampai Buletin FM dan juri-juri yang dipilih oleh pihak Buletin FM.
  3. Pembahagian pemarkahan adalah berdasarkan 70 peratus dari juri-juri tetap dan 30 peratus adalah dari undian atas talian. Kriteria pemarkahan adalah seperti berikut:-
    • Idea Bisnes
    • Perancangan Kewangan
    • Perancangan Pemasaran
    • Pembentangan Idea

LAIN-LAIN

  1. Segala keputusan Penganjur berkaitan dengan kempen ‘Usahawan Masterclass Buletin FM’ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau diulang bicara oleh mana-mana pihak.
  2. Dengan menyertai ‘Usahawan Masterclass Buletin FM’ ini, anda tertakluk kepada Terma dan Syarat Am peraduan Buletin FM dan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).
  3. Penganjur mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menentukan dan meminda mana-mana kandungan terma dan syarat ‘Usahawan Masterclass Buletin FM’ pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
  4. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik. Pemenang wajib menjalankan perniagaan seperti idea asal yang dibentangkan semasa dalam peraduan. Kegagalan untuk berbuat demikian bakal berdepan dengan tindakan daripada pihak penganjur.
  5. Peserta yang menghantar penyertaan tidak akan terpilih ke peringkat seterusnya secara automatik walaupun penyertaan mereka dibacakan secara rawak oleh penyampai Buletin FM.

LIABILITI & TANGGUNGJAWAB

  1. Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau sebarang kos, fi lain dan/atau apa jua jenis perbelanjaan yang ditanggung oleh peserta berhubung dengan peraduan ini (sama ada bagi tujuan memasuki, menyertai, atau menerima apa-apa manfaat atau hadiah daripada Peraduan) atau bagi tujuan penebusan hadiah atau perjalanan yang berkaitan adalah tanggungjawab Pemenang semata-mata. Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kos/caj/fi/perbelanjaan ini.
  2. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas penyertaan yang hilang, rosak, terlewat disebabkan kesilapan komputer, IT atau apa-apa kesilapan teknologi. Peserta bertanggungjawab memastikan penyertaannya mematuhi semua peraturan serta terma dan syarat peraduan, dan bahawa penyertaannya diterima oleh penganjur dalam bentuk yang dikehendaki oleh penganjur.
  3. Semua kos yang ditanggung oleh peserta berhubung dengan peraduan dan hadiah, termasuk tanpa had, caj pos atau caj Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP)(jika berkenaan), kos pengangkutan, caj komunikasi, penginapan, kos makanan dan kos berkaitan lain yang ditanggung oleh Peserta disebabkan oleh dan/atau selaras dengan penyertaannya dalam Peraduan, kos pungutan dan kos tambahan berkaitan dengan hadiah iaitu kos insurans, yuran pendaftaran kenderaan, cukai jalan dan lain lain hendaklah ditanggung semata-mata oleh Peserta. Penganjur tidak mempunyai apa-apa kewajiban untuk membayar balik Peserta untuk sebarang kos dan perbelanjaan yang ditanggung terhadapnya.
  4. Peserta mengakui bahawa penyertaannya dalam peraduan adalah atas risikonya sendiri dan harus bersetuju bahawa idea atau bisnes pelan miliknya akan terdedah kepada tatapan umum.
  5. Penganjur tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana peserta berhubung dengan:
    • apa-apa kegagalan untuk memenangi Hadiah dalam Peraduan , Hadiah yang cacat disebabkan kecuaian, tindakan dan/atau ketinggalannya atau penyalahgunaan Hadiah atau sebarang kerugian, ganti rugi, kos perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecederaan , kematian , kemalangan yang dialami oleh Peserta semasa Peraduan atau berbangkit daripada atau berhubung dengan Peraduan, penyertaan Peserta dalam Peraduan dan/atau Hadiah yang diberikan.
    • apa-apa kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima dan menghantar Penyertaa Peraduan akibat sebarang kerosakan rangkaian,komunikasi, ISP atau sistem,gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi Penganjur atau Peserta dan/atau diakibatkan oleh penyertaan atau langkah memuat turun apa-apa bahan dalam Peraduan.
  6. Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa kewajipan mereka berhubung dengan Peraduan ini jika kegagalan tersebut adalah disebabkan bencana alam / keadaan di luar kawalan penganjur dan penganjur tidak bertanggungjawab untuk memberikan sebarang pampasan kepada Peserta dalam keadaan sedemikian.
  7. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penyalahgunaan idea peserta oleh pihak luar dan tindakan tidak boleh diambil ke atas penganjur; Buletin FM; Media Prima Audio; Media Prima Berhad; sesuatu penaja/agensi pengiklanan atau agensi yang berkaitan dengan Peraduan yang berkaitan.

TALIAN TERCICIR DAN TIDAK DAPAT DIHUBUNGI

Peraduan melalui panggilan telefon:

  1. Tiada liabiliti ditanggung oleh pihak Buletin FM untuk komunikasi telefon yang tidak baik, salah arah / salah menelefon atau kesukaran teknikal yang dialami oleh pemanggil semasa panggilan masuk untuk Peraduan.

Jika semasa dalam Peraduan:

  1. talian telefon terputus atau terganggu; atau
  2. terdapat pertikaian yang timbul daripada penggunaan talian-talian telefon di dalam Peraduan (termasuk di dalam situasi di mana telefon berbilang talian adalah digunakan); atau
  3. penyampai tidak mendengar apa-apa maklum balas yang jelas daripada pemanggil.

Pihak Buletin FM berhak mengikut budi bicara mutlaknya membatalkan kelayakan pemanggil atau pemanggil-pemanggil yang berkaitan atas apa-apa sebab, dan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa pemberian hadiah kepada pemanggil atau pemanggil-pemanggil tersebut, dan boleh memberikan hadiah kepada orang lain mengikut budi bicara mutlaknya.

KETIDAKLAYAKAN

  1. Mereka adalah merupakan pekerja-pekerja atau ahli-ahli keluarga terdekat kepada pekerja-pekerja Buletin FM; Media Prima Audio; Media Prima Berhad; sesuatu penaja/agensi pengiklanan atau agensi yang berkaitan dengan Peraduan yang berkaitan.
  2. Mereka telah memenangi sesuatu hadiah/hadiah-hadiah daripada Buletin FM atau syarikat bernaung di bawah Media Prima Audio; atau syarikat bernaung di bawah Media Prima Berhad dalam sesuatu tempoh. *Kemenangan akan diambil berdasarkan peraduan yang lebih awal diumumkan kemenangan.
  3. Mereka telah menggunakan atau cuba untuk menggunakan lebih daripada satu nama/identiti yang bukan milik mereka bagi tujuan melayakkan diri untuk memenangi hadiah daripada Buletin FM.
  4. Pembatalan penyertaan akan dilakukan secara automatik jika melanggar terma dan syarat kami tanpa sebarang pemberitahuan.

HADIAH UTAMA

  1. Hadiah-hadiah adalah berupa dana perniagaan berjumlah RM 45,000 untuk slot iklan radio, wang tunai berjumlah RM 5,000, serta Geran Pendigitalan PKS daripada Entrepreneur Insight bernilai RM10,000 untuk tiga orang pemenang.
  2. Penganjur berhak untuk menghentikan slot iklan radio pemenang sekiranya pemenang tidak menjalankan perniagaan seperti idea yang dibentangkan dan slot iklan radio haruslah digunapakai dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh diumumkan sebagai pemenang.
  3. Proses penyediaan hadiah bagi mana-mana peraduan di Buletin FM akan mengambil masa sekurang-kurangnya 90 hari bekerja dan jika pemenang tidak menerima hadiah dalam 90 hari waktu bekerja, sila hubungi pihak Buletin FM.
  4. Bagi Geran Pendigitalan PKS akan diuruskan sepenuhnya oleh Entrepreneur Insight. Sebarang isu berkaitan Geran Pendigitalan PKS, pihak Entrepreneur Insight akan menghubungi pemenang untuk proses selanjutnya. Pihak Buletin FM tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang isu berkaitan Geran Pendigital PKS tersebut.