Connect with us

Usahawan Buletin FM

* TERTAKLUK TERMA & SYARAT

TERMA DAN SYARAT

  1. Usahawan Buletin FM adalah sebuah Peraduan yang dianjurkan sepenuhnya oleh syarikat Kool FM Radio Sdn Bhd (872481-D) dikenali sebagai Buletin FM, bermula dari 27 Ogos 2021 hingga 16 Oktober 2021.
  2. Kempen Usahawan Buletin FM ini terbuka kepada warganegara Malaysia, lelaki atau perempuan, berumur 18 tahun ke atas.
  3. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan pada bila-bila masa dalam Tempoh Peraduan tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
  4. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh Penganjur tidak memberi hak kepada peserta untuk membuat sebarang tuntutan atau menerima pampasan daripada Penganjur bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh peserta sama ada secara langsung dan/atau tidak langsung yang timbul daripada atau berhubung dengan pembatalan, penamatan atau penggantungan Peraduan oleh Penganjur.
  5. Dengan menyertai Peraduan Usahawan Buletin FM, semua peserta terikat dengan Terma Dan Syarat ini dan juga Peraturan-Peraturan Am Peraduan Buletin FM serta bersetuju untuk mempertahankan, menanggung rugi dan meletakkan Penganjur selamat daripada dan terhadap sebarang saman, tuntutan, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan, termasuk fi guaman yang munasabah yang mungkin timbul daripada atau dalam hubungan dengan Peraduan.

MEKANISME

  1. Peserta perlu menjawab soalan dan menghantar idea perniagaan di www.buletinfm.audio.
  2. Penyertaan yang terpilih akan dihubungi dan akan dinilai secara atas talian oleh penyampai Buletin FM bersama juri yang berpengalaman untuk melayakkan diri ke peringkat ‘Top 4’.
  3. Peserta yang terpilih untuk peringkat ‘Top 4’ akan diadili dari segi pembentangan idea dan kebolehan dalam menyelesaikan permasalahan yang diberi oleh pihak Buletin FM. Pemilihan pemenang utama adalah berdasarkan kata putus dari penyampai dan juri yang dipilih oleh pihak Buletin FM.
  4. Pembahagian pemarkahan adalah berdasarkan 50 markah dari juri tetap, 30 markah dari penganalisis harian dan 20 markah dari pihak pengurusan Buletin FM. Perincian pemarkahan adalah seperti berikut:-
    • Idea perniagaan
    • Pelan pemasaran
    • ‘Unique Selling Point’ (USP)

LAIN-LAIN

  1. Segala keputusan Penganjur berkaitan dengan kempen Usahawan Buletin FM ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau diulang bicara oleh mana-mana pihak.
  2. Penganjur mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menentukan dan meminda mana-mana kandungan terma dan syarat Usahawan Buletin FM pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
  3. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik. Pemenang wajib menjalankan perniagaan seperti idea asal yang dibentangkan semasa dalam Peraduan. Kegagalan untuk berbuat demikian bakal berdepan dengan tindakan daripada pihak Penganjur.
  4. Peserta yang menghantar penyertaan tidak akan terpilih ke peringkat seterusnya secara automatik walaupun penyertaan mereka dibacakan secara rawak oleh penyampai Buletin FM.

LIABILITI & TANGGUNGJAWAB

  1. Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau sebarang kos, fi lain dan/atau apa jua jenis perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta berhubung dengan Peraduan ini (sama ada bagi tujuan memasuki, menyertai, atau menerima apa-apa manfaat atau hadiah daripada Peraduan) atau bagi tujuan penebusan hadiah atau perjalanan yang berkaitan adalah tanggungjawab Pemenang semata-mata.Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kos/caj/fi/perbelanjaan ini.
  2. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas penyertaan yang hilang, rosak, terlewat disebabkan kesilapan komputer, IT atau apa-apa kesilapan teknologi. Peserta bertanggungjawab memastikan penyertaannya mematuhi semua peraturan serta terma dan syarat Peraduan, dan bahawa penyertaannya diterima oleh Penganjur dalam bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur.
  3. Semua kos yang ditanggung oleh Peserta berhubung dengan Peraduan dan Hadiah, termasuk tanpa had, caj pos atau caj Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP)(jika berkenaan), kos pengangkutan, caj komunikasi, penginapan, kos makanan dan kos berkaitan lain yang ditanggung oleh Peserta disebabkan oleh dan/atau selaras dengan penyertaannya dalam Peraduan, kos pungutan dan kos tambahan berkaitan dengan hadiah iaitu kos insurans, yuran pendaftaran kenderaan, cukai jalan dan lain lain hendaklah ditanggung semata-mata oleh Peserta. Penganjur tidak mempunyai apa-apa kewajipan untuk membayar balik Peserta untuk sebarang kos dan perbelanjaan yang ditanggung terhadapnya.
  4. Peserta mengakui bahawa penyertaannya dalam Peraduan adalah atas risikonya sendiri dan harus bersetuju bahawa idea atau bisnes pelan miliknya akan terdedah kepada tatapan umum.
  5. Penganjur tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta berhubung dengan:
    1. apa-apa kegagalan untuk memenangi Hadiah dalam Peraduan, Hadiah yang cacat disebabkan kecuaian, tindakan dan/atau ketinggalannya atau penyalahgunaan Hadiah atau sebarang kerugian, ganti rugi, kos perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecederaan, kematian, kemalangan yang dialami oleh Peserta semasa Peraduan atau berbangkit daripada atau berhubung dengan Peraduan, penyertaan Peserta dalam Peraduan dan/atau Hadiah yang diberikan.
    2. apa-apa kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima dan menghantar Penyertaan Peraduan akibat sebarang kerosakan rangkaian,komunikasi, ISP atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi Penganjur atau Peserta dan/atau diakibatkan oleh penyertaan atau langkah memuat turun apa-apa bahan dalam Peraduan.
  6. Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa kewajipan mereka berhubung dengan Peraduan ini jika kegagalan tersebut adalah disebabkan bencana alam / keadaan di luar kawalan Penganjur dan Penganjur tidak bertanggungjawab untuk memberikan sebarang pampasan kepada Peserta dalam keadaan sedemikian.
  7. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penyalahgunaan idea peserta oleh pihak luar dan tindakan tidak boleh diambil ke atas Penganjur; Buletin FM; Media Prima Audio; Media Prima Berhad; sesuatu penaja/agensi pengiklanan atau agensi yang berkaitan dengan Peraduan yang berkaitan.

KETIDAKLAYAKAN

  1. Mereka adalah merupakan pekerja-pekerja atau ahli-ahli keluarga terdekat kepada pekerja-pekerja Buletin FM; Media Prima Audio; Media Prima Berhad; sesuatu penaja/agensi pengiklanan atau agensi yang berkaitan dengan Peraduan yang berkaitan.
  2. Mereka telah memenangi sesuatu hadiah/hadiah-hadiah daripada Buletin FM atau syarikat bernaung di bawah Media Prima Audio; atau syarikat bernaung di bawah Media Prima Berhad dalam sesuatu tempoh. * Kemenangan akan diambil berdasarkan Peraduan yang lebih awal diumumkan kemenangan.
  3. Mereka telah menggunakan atau cuba untuk menggunakan lebih daripada satu nama/identiti yang bukan milik mereka bagi tujuan melayakkan diri untuk memenangi hadiah daripada Buletin FM.
  4. Pembatalan penyertaan akan dilakukan secara automatik jika melanggar terma dan syarat kami tanpa sebarang pemberitahuan.

HADIAH UTAMA

  1. Terdapat 2 (dua) Hadiah Utama berupa dana perniagaan berjumlah RM 175,000 untuk slot iklan radio dan wang tunai berjumlah RM 25,000 bagi setiap pemenang.
  2. Proses penyediaan hadiah bagi mana-mana Peraduan di Buletin FM akan mengambil masa sekurang-kurangnya 90 hari bekerja dan jika pemenang tidak menerima hadiah dalam 90 hari waktu bekerja, sila hubungi kami.
  3. Penganjur berhak untuk menghentikan slot iklan radio pemenang sekiranya pemenang tidak menjalankan perniagaan seperti idea yang dibentangkan dan slot iklan radio haruslah digunapakai dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh diumumkan sebagai pemenang.