Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Tuchel Kritik Premier League Teruskan Aksi Di Tengah Wabak Covid-19

today20 December 2021

Background
Chelsea v Wolverhampton Wanderers – Premier League




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel berkata keselamatan pemain terancam selepas pasukannya terpaksa bermain perlawanan Liga Perdana menentang Wolverhampton Wanderers pada hari Ahad walaupun wabak Covid-19.

Chelsea terikat seri tanpa jaringan di dalam perlawanan tersebut. Di mana mereka berdepan dengan isu beberapa pemain mereka diarahkan kuarantin.

Pengurus pasukan Tuchel meminta perlawanan ditangguhkan selepas melaporkan beberapa kes positif di kelab beliau.

Namun malangnya permintaan Chelsea itu tidak dilayan. Chelsea hanya mempunyai empat pemain bukan penjaga gol di bangku simpanan ketika mereka seri 0-0 dengan Wolves.

β€œIa tidak selamat,” kata Tuchel kepada BBC Sport.

Dia menambah: β€œKita bercakap tentang melindungi pemain dan persekitaran yang selamat tetapi ia tidak selamat. Saya tidak akan terkejut jika ujian seterusnya muncul dan kami mempunyai lebih banyak kes…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post