Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

TNB, Sunway meterai MoU teroka peluang kerjasama dalam ESG

today19 March 2023

Background


PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kumpulan Sunway (Sunway) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk memacu bersama agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dengan mewujudkan nilai perniagaan yang mampan.

Ia juga bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama dalam mempromosikan penyelesaian peralihan tenaga, mempercepatkan bisnes tenaga bersih serta membangunkan keupayaan ESG.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, pemeteraian usaha sama itu juga inisiatif penting kepada Kumpulan untuk mempromosikan penyelesaian tenaga mampan di negara ini ke arah mencapai matlamat ESG.

β€œKami bersama-sama boleh mencipta masa depan lebih mampan untuk masyarakat dan membantu mengurangkan jejak karbon demi mewujudkan masa depan lebih baik untuk semua.

β€œDi TNB, kami komited untuk memacu Peralihan Tenaga negara melalui aspirasi pelepasan sifar bersih dan menyokong Malaysia mencapai sasaran neutral karbon menjelang 2050,” katanya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post