Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Tinggal Kenangan” – Telefon Pintar BlackBerry Kini Sah Secara Rasmi Tamatkan Operasinya

today5 January 2022

Background


Menurut kenyataan Blackberry yang dikemaskini pada 22 Disember lalu, servis untuk legasi BlackBerry 7.1 OS dan sebelumnya, software BlackBerry 10, BlackBerry PlayBook OS 2.1 dan sebelumnya tidak akan tersedia selepas 4 Januari 2022.

“Selepas tarikh ini, peranti-peranti yang menggunakan servis dan software tersenarai sudah tidak lagi berfungsi walaupun menggunakan sambungan Wi-Fi. Pemberhentian servis ini termasuk untuk penggunaan data, panggilan telefon, SMS dan panggilan kecemasan,” jelas syarikat tersebut.

BlackBerry juga menyatakan bahawa perkhidmatan lain turut ditamatkan seperti BlackBerry Messenger (BBM) Consumer, BlackBerry email, BlackBerry ID, BlackBerry Protect dan lain-lain.

Begitupun, peranti Blackberry yang menggunakan OS Android masih boleh digunakan. Antara peranti tersebut adalah BlackBerry Priv, BlackBerry KEYone dan BlackBerry KEY2.

Sebagai rekod, BlackBerry dilahirkan oleh syarikat Research In Motion, yang ditubuhkan pada tahun 1996. Penggunaan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post