Connect with us

Hiburan

“Tiara Pun Koyak Tengok MV Sembuh” – Achey Beri ‘Hint’ Keluarkan MV Terbaru

Terbaru, melalui laman Instagram miliknya, Achey berkongsikan satu video yang melihatkan anaknya Tiara sedang menangis.

Published

on

Sebut saja Achey daripada kumpulan Bocey, industri seni tanah air mengenalinya sebagai seorang pelawak. Namun, pada tahun 2017, Achey mengejutkan ramai apabila dia mengeluarkan single sulungnya yang bertajuk “Yang Terindah”. Lagu itu sentiasa dimainkan di lorong-lorong radio sejak ia mula dikeluarkan. Ia menjadi lagu pilihan buat pendengar. Siapa sangka pelawak ini boleh menyanyi? Pernah dipandang rendah oleh segelintir pihak kerana memilih karier sebagai pelawak, Achey berjaya membuktikan bahawa tiada yang mustahil. Impian boleh menjadi kenyataan.

Baca juga: “Tak Launch Lagi Free Marketing Dah Gegar Satu Negara” – Neelofa Komen Isu Outlet Di Langkawi

Achey mengakhiri tahun 2019 dengan mengeluarkan single “Sakit”. Sakit merupakan antara salah satu lagu hit yang membuka lembaran baru tahun 2020. Tidak kurang hebat, MV Sakit ditonton lebih 30 juta kali di YouTube. Tidak disangkal lagi, mesti ramai yang ulang lihat berkali-kali kan?

Gembira dan bersyukur dengan sokongan yang diberi, Achey memaklumkan bakal tampil dengan album mini yang dijangka keluar tahun ini. Antara single yang bakal dilancarkan selari dengan pembikinan album tersebut adalah “Sembuh”, iaitu kesinambungan daripada lagu Sakit. Sejak Achey mengumumkan berita tersebut, ramai mula menanti kedatangan “Sembuh”. Iyalah selepas ‘Sakit’ mestilah nak merasa ‘Sembuh’ pula.

Terbaru, melalui laman Instagram miliknya, Achey berkongsikan satu video yang melihatkan anaknya Tiara sedang menangis.

“Isteri dan anak antara terawal dengar dan tengok MV #sembuh… dengan @tiarazinnirah_official pun koyak ??… paham pulak tuu… korang?? harap bersabar yeaa…” 

Kapsyen yang dimuatnaik bersama video tersebut mengundang tanda tanya, ini hint ke? Adakah lagu dan MV “Sembuh” bakal dikeluarkan dalam masa terdekat ini? Bak kata Achey, harap bersabar. Jadi apa boleh buat, kita tunggu sehingga ia diumumkan.

Sumber:  Portal iLikeBuzz , Instagram Achey

Baca juga: “Takkan RM100 Pun Tak Ada Dalam Wallet” – Pelanggan Terkilan Disindir Tiada ‘Cash’

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di