Connect with us

Buletin

Tiada Tanda Harga Dipaparkan? Ini Cara Buat Aduan Kepada Pihak Berkuasa

Mudah, cepat dan ringkas..

Published

on

Anda pernah mengalami situasi di mana peniaga tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang anda mahu beli? Kemudian peniaga sesuka hati meletakkan harga pada barangan tersebut.

Memang perkala itu salah. Anda juga boleh mengambil tindakan dengan membuat aduan pada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Tiga peniaga dikompaun gagal pamer harga gas LPG

Untuk membuat aduan, anda perlu menyediakan beberapa perkara seperti yang dinyatakan di bawah:-

1. Nyatakan alamat premis yang diadu

2. Tulis nama individu atau syarikat yang diadu

3. Sertakan salinan pembelian atau resit

4. Sediakan gambar (jika ada dan perlu)

5. Jenis barang atau perkhidmatan yang diadu

6. Rekod komunikasi (contoh menerusi WhatsApp)

7. Nombor telefon yang diadu

8. Rekod tarikh dan masa transaksi dibuat

Bagaimanapun, di bawah ini juga telah disediakan saluran aduan rasmi dalam talian semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB):-

1. Portal e-aduan: https://e-aduan.kpdnhep.gov.my/

2. Menerusi talian: 1 800 886 800

3. E-mail: [email protected]

4. Aplikasi Telefon pintar: Ez ADU KPDNHEP

5. WhatsApp: 019 279 4317

Bersama kita mencegah aktiviti ini, dengan membuat aduan menerusi saluran yang betul!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.