Seorang bayi baru lahir hampir terputus telinga, selepas doktor yang melahirkannya melalui C-section menggunakan pengcahayaan dari telefon bimbit sewaktu proses kelahiran berikutan bekalan elektrik yang terputus, lapor Daily Mail UK kelmarin.
Kejadian berlaku pada 6 Jun lalu, ketika proses kelahiran dilakukan kepada bayi lelaki, Juan Adriel Solis, di sebuah hospital di Mexico yang turut meninggalkan kesan trauma kepada ibu bayi berkenaan.
Baca juga: Bayi Usia 7 Minggu Maut Digoncang Oleh Penjaga Taska Kerana Menangis
BAYI BARU LAHIR HAMPIR PUTUS TELINGA

Juan Adriel Solis hampir terpotong telinga kirinya oleh doktor yang melahirkannya melalui C-section di sebuah klinik di Mexicali, Baja California, pada 6 Jun. Bayi lelaki itu sedang pulih daripada kecederaan.
Karla Urizandi, 19, melahirkan anaknya ketika terputus bekalan elektrik kira-kira 26 minit di Klinik Pakar Antarabangsa Mexicali di Mexicali, Baja California.
Difahamkan Urizandi mendaftar masuk pada pukul 11 pagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: