SUNGAI PETANI – Keinginan dan tekad yang kuat untuk mengubah kehidupan membolehkan anak jati Tikam Batu dekat sini, Roslan Abdul Razak, 52, membangunkan sebuah syarikat pemborong buah-buahan selain restoran makanan berasaskan pulut di sini.
Roslan atau lebih dikenali dengan nama Pak Tam, sudah didedahkan dengan selok-belok perniagaan sejak kecil lagi oleh bapanya, Abdul Razak Md. Zain, 74, dan juga datuk beliau.
“Bapa saya merupakan peniaga ikan, manakala datuk pula berniaga buah-buahan dengan memajak pokok di kampung.
“Saya sering mengikut mereka berniaga dan timbul keinginan untuk turut sama terlibat dalam bidang perniagaan ini,” katanya ketika ditemui di pusat pengumpulan buah dan Restoran Milla Hana Pulut Kedah di Tikam Batu dekat sini baru-baru ini.
Beliau yang pernah menjual buah potong menggunakan basikal di kampung seawal umur 10 tahun itu terlibat secara serius dalam perniagaan bermula usia 17 tahun seterusnya melangkah ke fasa lebih serius dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: