Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

TDM lunas bayaran untung RM2.69 juta kepada LTAWNT

today7 December 2022

Background


KUALA TERENGGANU – Kumpulan TDM Berhad telah melunaskan pembayaran keuntungan lebih RM2.69 juta kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT).

Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata, pembayaran tersebut merupakan keuntungan yang diperolehi daripada usaha sama kedua-dua syarikat dalam pengurusan ladang kelapa sawit bagi tahun kewangan 2021.

“TDM Plantation Sdn. Bhd. telah diberi tanggungjawab menguruskan 1,336 hektar  ladang kelapa sawit milik LTAWNT yang terletak di Ladang Air Putih, Kemaman sejak tahun 1996.

“Perusahaan ladang kelapa sawit itu telah mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan biarpun berdepan ketidaktentuan pasaran, kekurangan buruh, dan pandemik Covid-19 pada tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bayaran keuntungan tersebut  kepada Setiausaha LTAWNT, Nor Azam A. Rahman @ Yusof di sini.

Najman menjelaskan, keuntungan usaha sama yang dijana antara TDM dan LTAWN pada tahun lalu lebih tinggi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MOHD AZLI ADLAN


Previous post