Connect with us

Gaya Hidup

Tarik Perhatian Si Manja Untuk Belajar Dengan Cara Yang Seronok

Beli dan ajak mereka bermain. Contoh papan ular, bingo, stick, jenga, kad UNO, vokal, Saidina dan banyak lagi! Secara tak langsung sel-sel otak mereka berhubung dengan hanya bermain permainan.

Published

on

“Ya Allah adik, kenapa matematik boleh dapat D ni?”

Untuk memastikan si kecil mendapat pembelajaran yang sempurna di sekolah agak sukar. Iyalah, kita tak tahu sama ada mereka memberi perhatian sepenuhnya pada penerangan guru atau pun tidak. Melalui keputusan peperiksaan je kita dapat mengenal pasti di mana tahap IQ anak kita.

Sebagai ibu bapa, anda harus menjadikan rumah sebagai sekolah kedua mereka. Tapi, bukan bermakna lepas je waktu sekolah, terus meminta si kecil belajar sehingga lewat malam. Tindakan anda adalah ajar mereka melalui pembelajaran praktikal yang seronok dan mudah difahami. Tekankan pada subjek yang mereka lemah.

Image result for educate kid

Misalnya dialog di atas si ibu mendapati anaknya lemah matematik dan tak dapat dinafikan kebanyakkan kanak-kanak lemah pada subjek yang berunsurkan nombor. Apa yang anda harus lakukan adalah…

Barang sekeliling

Jika si kecil masih gagal mengira, gunakan barang sekeliling. Contohnya, mengira menggunakan jari dengan melukis angka pada hujung jari kecil mereka atau pun sambil butang baju mereka, minta mereka kira jumlah butang yang ada pada baju mereka.

Lakukan dengan kerap, percayalah, lama-lama si kecil mesti mahir mengira. Dalam pada masa yang sama, bermain dan bergelak tawa dengan mereka. Pasti si manja terhibur dengan pembelajaran praktikal ni. Elakkan bagi mereka stres dengan perkara baru, takut mereka tak nak belajar pula.

Image result for educate kid

Ganjaran!

Kanak-kanak pasti sukakan coklat kan? Ha, bila mereka dah mahir tentang sesuatu perkara, hadiahkan mereka sesuatu untuk beri mereka semangat untuk belajar lagi dan lagi. Kalau bukan coklat pun, belikan barang mainan yang mereka inginkan. Bagitahu mereka sebab apa mereka dapat sesuatu barang.

Permainan kira-kira

Zaman sekarang dah tak macam dulu, perkembangan teknologi sejajar dengan perkembangan permainan digital dan manual yang lebih menarik. Pergi ke kedai permainan kanak-kanak, pasti ada jumpa permainan yang menggunakan minda.

Image result for jenga play

Beli dan ajak mereka bermain. Contoh papan ular, bingo, stick, jenga, kad UNO, vokal, Saidina dan banyak lagi! Secara tak langsung sel-sel otak mereka berhubung dengan hanya bermain permainan.

Kadang-kala, mereka bukan tak boleh cuma mereka tidak paksa diri mereka. Kita sebagai guru kedua, kena main peranan besar dalam mengajar mereka. Bukan fikir asal lepas tanggungjawab hantar anak ke sekolah je.

Banyak faktor perlu dititik beratkan. Ingat, kitalah yang mencorakkan mereka.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Dua Kanak-Kanak Mati Lemas Sedang Ibu Leka Berkaraoke

Kejam! Kanak-Kanak Perempuan OKU Mati Dibunuh Oleh Nenek

 

 

 

 

Sumber: parents

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.