Menerusi video yang dimuat naik oleh @BangBunn di Twitter, kelihatan seorang lelaki sedang mengintai di dapur sebuah rumah dipercayai terletak di Seksyen 23, Shah Alam. Kejadian ini berjaya dirakam CCTV.
Apa yang membuatkan netizen marah adalah apabila lelaki tersebut selamba berkelakuan tidak senonoh dengan beronani di belakang rumah mangsa. Aksi lelaki tersebut mengundang keresahan para wanita dan penduduk setempat.
Berdasarkan laporan, lelaki itu disyaki bukan warga Malaysia dan usaha mengesan suspek sedang aktif dilakukan oleh pihak berkuasa.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: