Connect with us

Hiburan

Tahniah! Zed Zaidi Dapat Anak Kembar

Seronoknya dapat baby kembar! Tahniah Zed dan isteri.

Published

on

Pelakon yang cukup dikenali menerusi drama Sembilu Kasih Zed Zaidi meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Natalia Mustafa Kamal selamat melahirkan anak kembar perempuan, tengah hari Selasa.

Menurut Zed atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil, isterinya melahirkan bayi mereka secara pembedahan dan segalanya berjalan dengan baik.

“Kembar saya itu dilahirkan sekitar jam 1.33 tengah hari tadi (Selasa). Alhamdulillah, isteri dan anak sihat serta baik-baik belaka. Saya anggap kelahiran bayi kembar ini sebagai hadiah istimewa sempena Hari Bapa,” katanya.

Zed berkongsi foto di laman Instagram

Zed dan Natalia mendirikan rumah tangga pada 29 April 2011 dan mereka sebelum ini dikurniakan seorang anak lelaki, Ryan Zikri yang kini berusia 7 tahun.

Tahniah Zed dan isteri!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.