UEFA sedia siasat insiden serang bilik pengadil
Lausanne: Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) akan membuka kertas siasatan tatatertib terhadap Presiden Paris Saint Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi dan pengarah sukan Leonardo selepas tindakan mereka menyerang bilik pengadil apabila kelab berkenaan tersingkir dalam saingan Liga Juara-Juara.