Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pemain skuad kebangsaan Thailand, Supachok Sarachat sah menyertai kelab Jepun, Hokkaido Consadole Sapporo secara pinjaman selama enam bulan sekaligus meneruskan legasi yang dicipta oleh Chanathip Songkrasin.
Perkara ini diumumkan oleh Buriram United menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Supachok menandatangani kontrak pinjaman selama enam bulan dan beliau mempunyai pilihan untuk melanjutkan tempoh pinjaman selama enam bulan dan juga kontrak tetap sekiranya beraksi dengan baik bersama Consadole.
Pengerusi Buriam, Newin Chidchob nyata teruja apabila Supachok menyertai Consadole dimana pemain itu boleh meningkatkan kualiti serta tahap permainan kerana beraksi di saingan yang lebih baik berbanding Liga Thailand.
“Ini peluang yang baik bagi Supachok untuk menunjukkan kemampuan dan membuktikan kebolehannya dengan beraksi di liga yang lebih baik berbanding Liga Thailand….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: