Connect with us

Hiburan

Soo Wincci Mahu Memecahkan Rekod Malaysia Dan Sepanyol Dengan “Double PhD”

Terbaru, Soo Wincci yang kini berada di Sepanyol berkongsikan di laman Instagram miliknya bahawa dia menerima cabaran seorang pensyarah yang juga merupakan penyelia akademiknya di sana untuk menghabiskan perjalanan PhD keduanya dengan “double doctorate”.

Published

on

Perjalanan mendapatkan sijil akademik ke tahap yang lebih tinggi bukanlah satu perjalanan yang mudah. Nak menggapai “menara gading” memerlukan tahap kecekalan dan disiplin yang tinggi. Tidak semua orang mampu untuk menggarapnya atas beberapa faktor dan kerana itulah sijil akademik adalah sesuatu yang sangat bernilai sesuai dengan kepayahan yang perlu ditempuh untuk memilikinya.

Sebelum ini, seorang penggiat seni tanah air yang juga merupakan Miss World Malaysia pada tahun 2008, Dr Soo Wincci, berjaya melakarkan namanya di dalam Malaysia’s Book of Record dengan anugerah ‘Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen’ dan ‘Most Number of Academic Degrees Obtained by A Recording Artist’.

Baca juga: “Don’t Blame Yourself If Mummy Didn’t End Up Waking Up..” – Pesanan Terakhir Ibu Ini Benar-Benar Merentap Hati Ramai

Terbaru, Soo Wincci yang kini berada di Sepanyol berkongsikan di laman Instagram miliknya bahawa dia menerima cabaran seorang pensyarah yang juga merupakan penyelia akademiknya di sana untuk menghabiskan perjalanan PhD keduanya dengan “double doctorate”.

Menurut Soo Wincci, dia sebenarnya sudah terlalu hampir untuk graduasi dengan satu sijil falsafah (PhD) namun dia nekad untuk terima cabaran yang diberikan kepadanya. “Double doctorate” bukanlah sesuatu yang mudah. Nak selesaikan satu pun sudah amat susah inikan pula dua. Perjalanan akademik sememangnya memerlukan tahap mental yang kuat dan tinggi.

Soo Wincci sentiasa positif dalam kata-katanya. Tambah ratu cantik ini, dia ingin mencuba untuk memecahkan lebih banyak rekod buat bumi Malaysia dan juga Sepanyol.

Selain berkongsikan tentang perjalanan akademiknya, Soo Wincci turut berkongsi bahawa hari ini merupakan hari terakhir dia berpuasa 6 sedangkan Soo Wincci bukanlah beragama Islam. Bukan sahaja dia telah memecahkan rekod satu dekad berpuasa di bulan Ramadan, dia juga tekad melakukan puasa 6 di bulan Syawal. Sangat membanggakan!

Soo Wincci adalah seorang figura yang dilihat tinggi oleh rakyat di Malaysia terutama buat mereka yang juga sedang berusaha menghabiskan perjalanan akademik mereka. Ratu cantik ini bukan sahaja mencuri pandangan dengan kecantikkannya namun, mencuri hati ramai dengan kebijaksanaan dan sikapnya yang merendah diri.

Menerusi ruangan komen,  rata-rata wargamaya menyatakan rasa kagum terhadap Soo Wincci. Ramai yang berkata bahawa wanita ini memberi inspirasi kepada mereka. Ramai juga yang memberi sokongan dan dorongan kepada Soo Wincci supaya tetap kuat semangat.

Kita doakan segalanya dipermudahkan untuk Soo Wincci dan semoga kebanggaan negara ini terus cekal menggapai kejayaan.

Baca juga: Genap Satu Dekad Berpuasa, Soo Wincci Masih Teguh Dengan Pendiriannya di Bumi Sepanyol

Sumber: Soo Wincci

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di