Connect with us
Fokus Pagi bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana

Hiburan

Siti Nurhaliza Dapat Anak Buah Baru!

Penyanyi nombor 1 negara, Siti Nurhaliza kini mempunyai anak buah baru selepas adiknya, Siti Saerah Tarudin yang juga merupakan seorang penyanyi selamat melahirkan cahaya mata keempatnya pada 12 Disember lalu di sebuah Hospital di Serdang.

Published

on

 

Penyanyi nombor 1 negara, Siti Nurhaliza kini mempunyai anak buah baru selepas adiknya, Siti Saerah Tarudin yang juga merupakan seorang penyanyi selamat melahirkan cahaya mata keempatnya pada 12 Disember lalu di sebuah Hospital di Serdang.

Menerusi perkongsian video di laman Instagram milik Saerah, dia memaklumkan keadaannya dan anaknya itu berada dalam keadaan sihat dan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraannya.

View this post on Instagram

Terputus Nyawaku di Nyawamu. Hari kedua @andorrahospitalofficial . Terima kasih kepada semua yang mendoakan serta ucapan. . Semoga Allah Membalas kembali kesejahteraan kepada kalian semua. . Alhamdulillah sye dan baby sihat. Ade lesong pipit. Bibir ikut ayah dia. . Kita tunggu @sitinorsaidatarudin @ctdk dan mak salmah sampai ye. #121218 #sepupuaafiyah

A post shared by Siti Nursairah Tarudin (@sitisairahtarudin) on

“Terputus nyawaku di nyawamu. Hari kedua di Andorra Hospital. Terima kasih pada semua yang mendoakan serta ucapan.” tulisnya.
“Semoga ALLAH membalas kembali kesejahteraan kepada kalian semua. Alhamdulillah saya dan baby sihat. Ada lesung pipit. Bibir ikot ayah dia.” ujarnya lagi.

Wah, Tahniah Saerah! Lepas ni Aafiyah ada sepupu baru la untuk buat kawan dan main bersama-sama kan?

Cahaya mata kali ini merupakan anak keempat buat Sairah, namun yang pertama dengan suaminya iaitu Mohd Sharidan Johari selepas mendirikan rumah tangga pada 24 Februari lalu.

Sebelum ini, Saerah pernah berkahwin dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 27 Oktober 2010, namun berpisah emat tahun kemudian dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 6, Ahmad Daiyan, 5, dan Ahmad Aisy, 3 tahun.

Advertisement

Connect with Us

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Phone
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Advertisement