Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Siti Khadijah sasar 53 cawangan

today21 June 2022

Background


SHAH ALAM – Siti Khadijah Sdn. Bhd., pengeluar produk berjenama Siti Khadijah yang terkenal dengan telekung berkualiti tinggi bercadang untuk memiliki sehingga 53 cawangan pada tahun ini, sebelum menambah 10 lagi outlet baharu pada tahun 2023.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammad Munzir Aminuddin berkata, buat masa ini syarikat telah memiliki 40 cawangan yang terletak di pusat beli-belah dan juga di lot kedai di seluruh negara.

Menurut beliau, tumpuan syarikat ialah lokasi strategik di bandar-bandar utama bagi outlet di pusat beli-belah, sementara lot kedai di kawasan luar bandar pula bertujuan memenuhi permintaan pelanggan yang pelbagai.

β€œTransaksi jualan lebih didorong segmen platform fizikal di lot kedai dan juga pusat beli-belah yang menyumbang kira-kira 85 peratus daripada jualan, manakala bakinya daripada platform dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian butik terbaharu Siti Khadijah di AEON Shah Alam, di sini baru-baru…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post