Connect with us
Fokus Pagi bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana

Hiburan

Siti Elizad Berdoa Di Mekah Agar Dikurniakan Zuriat Satu Hari Nanti

Baru-baru ini, pelakon Siti Elizad memuat naik foto sedang mendukung seorang kanak-kanak perempuan beserta kapsyen suatu hari nanti dia juga bakal dikurniakan rezeki untuk mendapat zuriat.

Published

on

Baru-baru ini, pelakon Siti Elizad memuat naik foto sedang mendukung seorang kanak-kanak perempuan beserta kapsyen suatu hari nanti dia juga bakal dikurniakan rezeki untuk mendapat zuriat.

  

Kapsyen Elizad di laman Instagram itu mendapat perhatian dari rakan artis dan orang ramai yang turut mendoakannya serta suami agar dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.

“Wahai Tuhanku , Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik . Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan dari hamba2mu. Doakan kami punya zuriat yg sihat , cantik & sempurna ya semua , dapat sorang pun dah memadai sangat-sangat. Saya juga mendoakan buat para isteri seperti saya. Moga punya rezeki buat kita semua.” ujarnya.

Menerusi gambar tersebut, kelihatan Elizad sedang mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci bersama suami tercinta sekaligus menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat.

 

“Bercinta tak lama, bertunang 5 bulan terus kahwin, tahun yg sama buat umrah. Dulu datang berdua, sekarang masih berdua. Inshaallah ada rezeki kita datang bertiga pula ya. Bertiga tu dengan anak tau, jangan kau ingat bini baru pulakkkk !!! Selamat Ulang Tahun yg ke-4 sayang. Jangan pernah putus asa menyayangi & doa buat isteri mu yg “crackkk” dan degil ini.” katanya lagi.

Semoga tahun ini membawa kebaikkan buat Elizad dan keluarga serta dimurahkan rezeki selalu okay.

Advertisement

Connect with Us

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Phone
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Advertisement