Connect with us

Hiburan

Sikap Segelintir Ibu Bapa Buat Whatsapp Sekolah Huru-Hara?

“Tak perlu tanya soalan yang sama pun, cuma skrol dan baca je….”

Published

on

Hari persekolahan sudah bermula bermula 20 Januari lalu tapi bukanlah seperti sebelum. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan kaedah pembelajaran Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid kecuali bagi murid tingkatan 4 dan 5.

Malangnya, terdapat beberapa kekangan berlaku antaranya masalah rangkaian internet, group whatsapp dan banyak lagi. Apa yang menjadi topik utama dalam Kool Talk baru-baru ini adalah Whatsapp group sekolah.

Seorang pemanggil yang dikenali dengan nama, Roslan meluahkan masalah yang dilalui apabila wujud group whatsapp. Menurutya, kebanyakkan ibu bapa suka bersikap bertanyakan soalan yang sama di dalam perbualan group whatsapp walaupun tidak sampai seminit baru saja diberitahu pengumuman penting tersebut.

How to make a group on WhatsApp - YouTube

Sumber: cariangoogle

“Saya ada tiga orang anak, semua bersekolah jadi saya ada tiga group whatsapp. Belum lagi  group whatsapp sekolah petang. Jadi bagi saya untuk uruskan group whatsapp yang banyak untuk anak yang bersekolah pagi dan petang sebenarnya tidak ada masalah tapi apa yang menjadi masalah apabila ada segelintir ibu bapa bertanya soalan yang berulang-ulang,” jelasnya.

Tambahnya lagi, dia yakin ibu bapa dalam whatsapp group tersebut pandai menggunakan teknologi memandangkan mereka berada di kawasan elit tapi tidak tahu mengapa mereka seolah-olah tidak tahu menggunakan aplikasi Whatsapp.

“Tak perlu tanya soalan yang sama pun, cuma skrol dan baca je. Jika betul-betul ada soalan penting, baru tanya. Kadang-kala tu, kesian cikgu nak kena jawab soalan yang sama walaupun sudah diberitahu pada awal perbualan,”

Untuk dengarkan penjelasan, klik saja di sini. 

 

 

 

 

 

Sumber: kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.