Connect with us

Buletin

Sektor perbankan kekal stabil

Published

on


KUALA LUMPUR: Sektor perbankan negara dilihat kekal stabil walaupun berhadapan pelbagai cabaran pasca Covid-19 dan pengakhiran moratorium bayaran balik pinjaman yang akan berakhir 30 September depan. 

Penganalisis Kanan MIDF Research, Imran Yassin Md. Yusof dalam nota kajian berkata, sektor berkenaan masih kekal berdaya tahan menerusi pembinaan modal kukuh sejak beberapa tahun lalu dan berhadapan krisis ekonomi dalam posisi yang teguh.

Katanya, walaupun tiada pembayaran pinjaman berlaku disebabkan moratorium tetapi disebabkan pinjaman itu kekal dalam sistem perbankan, pelaksanaan moratorium tidak mengurangkan kadar kecairan milik bank.  

Namun begitu, Imran Yassin berpendapat, nisbah rosot nilai dan pinjaman tidak berbayar (NPL) sektor perbankan akan meningkat selepas moratorium berakhir. 

“Kami menjangkakan kos kredit perbankan akan meningkat selepas berakhirnya moratorium tetapi tidak akan mempengaruhi daya tahan bank. Walaupun bank telah membuat beberapa kaedah tambahan dalam suku pertama tahun ini disebabkan faktor makroekonomi, kami berpendapat ia tidak mencukupi. 

“Walaupun begitu, disebabkan ketidaktentuan data ekonomi, kami memahami tindakan yang dilakukan untuk menyokong realiti ekonomi termasuk pakej rangsangan yang diumumkan kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM). 

“Bank juga akan memberi tumpuan kepada usaha menyusun dan menjadualkan semula peminjam bermasalah dalam tempoh moratorium pinjaman,” katanya. 

Imran Yassin turut mengekalkan cadangan ‘neutral’ kepada sektor perbankan susulan kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih belum dapat dilihat sepenuhnya dengan impak diyakini terhadap kualiti aset dan pertumbuhan pinjaman. 

Saham bagi pemain sektor perbankan termasuk Maybank dan Public Bank juga diletakkan sebagai ‘neutral’ masing-masing pada harga jangkaan RM8.20 dan RM17.20 tetapi kedudukan kewangan akan kekal stabil. 

The post Sektor perbankan kekal stabil appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.