Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Sebulan Berlalu, 100 Pasangan Ini Diminta Tampil Ke JAIS Kerana Juru Nikah Tidak Bertauliah

today16 February 2021

Background

Sewaktu pandemik, pelbagai cara akan diguna pakai demi mencari sumber pendapatan. Lebih berani lagi apabila ada yang sanggup lalu jalan pintas dengan melakukan kerja-kerja haram.

Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki yang menawarkan khidmat sebagai jurunikah tidak bertauliah yang mengenakan caj RM3,000 hingga RM5,000 untuk setiap pernikahan dengan alasan bergantung kepada penyediaan dokumen. Malah, lelaki berkenaan yang turut melakukan kegiatan itu bersama isteri dan anaknya.

Menurut Pengarah Bahagian Penyelarasan, Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, Mohd Kori Jusoh, berkata pasangan terlepas pandang dengan beranggapan pernikahan luar kawasan melebihi dua marhalah, dibolehkan menggunakan wali hakim.

“Tanpa disedari wali sah seperti bapa, saudara lelaki (adik-beradik seibu sebapa atau sebapa), datuk (bapa ayah) dan bapa saudara (adik-beradik sebelah bapa) masih hidup. Semua kategori wali ini perlu dicari sehingga dapat, bukannya mengambil jalan mudah menggunakan wali hakim,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, terdapat lebih 100 pasangan dinikahkan menggunakan khidmat jurunikah tidak bertauliah itu sejak lebih sebulan lebih lalu diminta tampil segera ke Jais untuk membantu siasatan berkaitan perkara itu.

“Kita perlukan mereka tampil dan perlu siasat dengan teliti kerana perkara ini membabitkan hukum, bukan boleh main-main,”

Semoga pasangan yang sudah berkahwin dalam tempoh itu, dapat diselesaikan ikatan. Jika tidak, lagi panjang proses penyelesaiannya.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Emma Maembong Rahsiakan Majlis Pernikahan Demi…

Majlis Pernikahan Ala Garden, Adik Ummi Nazeera Curi Tumpuan

 

 

 

Sumber: mediamalaysia

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

Boleh Asah Soft Skill, Ini 4 Aktiviti Yang Anda Boleh Cuba Untuk Anak Yang ‘Gila’ Sticker

Perasan atau tidak setiap kali anda berkunjung ke kedai buku, pastinya anak-anak akan tertarik dengan koleksi sticker yang ada di sana? Kalau boleh, setiap hari mahu beli sticker dan dijadikan permainan harian. Tapi, ibu bapa pula yang pening kepala dimana anak-anak akan mula tampal sticker tersebut di serata kawasan dalam rumah termasuk dinding yang bercat mahal! Tetapi, jangan dimarahi anak-anak yang suka main dengan... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today16 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *