PETALING JAYA – Yayasan AEON Malaysia (MAF) menyumbang sebanyak 2,000 peranti bernilai RM1 juta kepada pelajar Tingkatan 5.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin berkata, pelajar tersebut terdiri daripada keluarga B40 di tujuh buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Perak dan Sarawak.
Menurut beliau, sumbangan tersebut dibuat melalui inisiatif kelestarian Sayap Bagimu bagi menyokong pembelajaran secara online yang menjadi satu keperluan baharu akibat pandemik.
Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan melibatkan 900,000 pelajar, di dapati 36.9 peratus daripada mereka tidak mempunyai sebarang peranti elektronik.
“Saya difahamkan akan ada bantuan fasa kedua yang akan melibatkan pemberian 2,000 unit peranti lagi kepada pelajar memerlukan.
“Kita mahu lihat lebih banyak koordinasi seperti ini dalam menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan untuk mendatangkan impak yang lebih baik,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: