Connect with us
Fokus Pagi bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana

Buletin

“Saya Maafkan Suami”, Pavithra Mahu Meneruskan Rancangan Di Youtube

Stay strong Pavithra…

Published

on

Isu dera yang melanda Youtuber terkenal S.Pavithra menarik perhatian masyarakat seluruh negara, sejak beberapa hari lalu.

“Saya maafkan suami”

Itu luahan hati Pavithra, mengatakan dia memaafkan suaminya dan tidak mahu lagi memikirkan masalah yang berlaku, Pavithra mahu memberi perhatian kepada kehidupan mereka sekeluarga.

Dia juga berkata akan meneruskan kehidupan seperti biasa dan kembali meneruskan rancangan masakan di Youtube.

“Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa. Kami akan kembali meneruskan rancangan masakan di YouTube nanti.”

Manakala pagi ini, suaminya M Sugu, didakwa buat kali kedua di Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada isteri dan memiliki senjata berbahaya.

Pukul Pavithra, Sugu Direman 3 Hari | Donna

Bagaimanapun, Sugu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.

Pavithra yang kelihatan sedih memohon kepada orang ramai untuk terus memberi sokongan terhadap rancangan masakan kendalian mereka di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’.

“Saya harap tiada yang salah faham dan saya sendiri pun tidak ambil hati atas apa juga komen diberikan netizen di media sosial. Teruslah beri sokongan kepada kami,” ujarnya.

Pavithra tenang | Harian Metro

Pavithra telah pun menjelaskan bayaran jaminan RM10,000 yang dikenakan ke atas suaminya di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Jumaat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +6037-722 5655
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.