Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Sarung tangan penyumbang utama hasil Iconic

today19 January 2022

Background


PETALING JAYA – Iconic Worldwide Berhad (Iconic) mengunjurkan sumbangan daripada segmen sarung tangan bakal menjadi penyumbang utama sehingga 80 peratus kepada hasil Kumpulan manakala bakinya daripada segmen pelitup muka.

Pengarah Eksekutifnya, James Tan berkata, jumlah ini bakal dicapai selepas 12 barisan celupan sarung tangan berganda mula beroperasi menjelang bulan Mac tahun ini berbanding enam barisan sebelum ini.

Kilang tersebut turut memiliki 20 barisan pengeluaran pelitup muka perubatan yang difokuskan untuk pengeluaran domestik manakala kira-kira 10 peratus untuk pasaran eksport ke Afrika.

“Buat masa ini, sumbangan masing-masing daripada segmen pelitup muka dan sarung tangan kepada Kumpulan adalah sebanyak 50 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas maj­lis perasmian kilang pengelua­ran sarung tangan dan pelitup muka bernilai RM200 juta di Batu Kawan, Pulau Pinang baru-baru ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan Ketua Menteri Pulau…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post