Connect with us

Hiburan

Rossa Mengaku Sudah Berpunya?

Fuh, siapakah jejaka yang bertuah itu…

Published

on

Generasi 90-an dan juga generasi milennial sekarang, pastinya tidak asing lagi dengan penyanyi wanita jelita dari Indonesia ini, iaitu Sri Rossa Roslaina Handayani atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Rossa, yang baru-baru ini mendedahkan hatinya sudah dimiliki.

Penyanyi dengan suara keemasan ini, mula melonjak setelah beberapa lagu cinta berjaya menambat hati para peminat di Malaysia seperti Pudar, Atas Nama Cinta, Aku Bukan Untukmu dan sebagainya.

Rossa juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan penyanyi popular Indonesia iaitu Afgan, malah didakwa mereka sudah pun mahu berkahwin.

Afgan Pajang Potret Masa Kecil, Rossa: OMG - ShowBiz Liputan6.com

Bagaimanapun, gosip itu dinafikan Rossa dan Afgan, sebaliknya menyifatkan mereka hanya berkawan baik.

Pendedahan tentang status perhubungan Rossa bersama kekasih barunya dikongsi ketika wawancara bersama Rossa, Di Balik Pintu yang ditayangkan di saluran YouTube Boy William, semalam.

Ia susulan pertanyaan daripada pengacara, Boy William sama ada penyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta itu masih solo atau sudah berpunya.

“Tak solo lagi. Saya sedang berkawan dengan seseorang. Saya gembira sekarang,” kata Rossa.

Fuh, siapakah jejaka yang bertuah itu?

 

SUMBER DARI HARIAN METRO.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.