Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Rarenya Bawa Manual, Lori Pula Tu”- Wany Hasrita Curi Tumpuan Ramai

today8 April 2021

Background

Penyanyi, Wany Hasrita yang dikenali dengan peribadinya yang manis dan lemah-lembut mencuri tumpuan wargamaya apabila dia memuat naik sebuah video yang menunjukkan dia memandu sebuah lori. Yass, lori gais!

Video yang berdurasi 5 saat itu dimuat naik di laman Twitter milik peribadinya dan mendapat hampir 200 ribu tontonan setakat ini. Ialah mana tidaknya, bukan calang-calang orang pandai membawa kenderaan jenis manual, apatah lagi lori yang saiznya lebih besar dan berat berbanding kereta.

Artikel Lain : “Takkan RM100 Pun Tak Ada Dalam Wallet” – Pelanggan Terkilan Disindir Tiada ‘Cash’

Rata-rata wargamaya kagum melihat Wany mampu membawa sebuah lori. Memang rare betul lagi-lagi bila wanita yang bawa.

Geli hati dengan kapsyen berseloroh yang disertai bersama video tersebut, ramai meninggalkan pelbagai maklum balas di ruangan komen tweet itu. Rata-rata wargamaya juga turut menyatakan bahawa penyanyi yang berumur 29 tahun itu kelihatan persis seperti ADUN Ketari, Young Syefura atau lebih dikenali sebagai YB Rara.

Apa kata anda, betul ke sama?

Menarik: Daddy’s Little Heartbreaker – Henry Goulding Teruja Dengan Kedatangan Cahaya Mata Pertama

 

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Gaya Hidup

TARIKAN HUTAN 130 JUTA TAHUN

TENANG dan segar sebaik menjejakkan kaki di Kampung Kuala Sat, Pahang sekali gus mengembalikan nostalgia perkampungan dulu-dulu. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today8 April 2021