PETALING JAYA – Wilayah Persekutuan Putrajaya kekal memegang kadar pengangguran paling rendah untuk tempoh suku tahun pertama 2022 pada satu peratus, berdasarkan statistik yang diterbitkan Jabatan Perangkaan semalam.
Ia diikuti oleh Pahang yang merekodkan kadar pengangguran 2.4 peratus dan Melaka pada tiga peratus.
Bagi suku pertama 2022, kadar pengangguran di Malaysia menurun kepada 4.1 peratus, dengan bilangan penganggur menurun kepada 671,200 orang.
Kadar pengangguran tertinggi tahun lalu dicatatkan pada Julai iaitu sebanyak 4.8 peratus, melibatkan 778,200 penganggur.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, menuju ke hadapan, fasa peralihan ke endemik dan pelonggaran sekatan, termasuk pembukaan semula sempadan negara kepada umum dapat merangsang pemulihan ekonomi.
Tambahnya, aktiviti ekonomi dilihat semakin pulih terutamanya dalam industri pelancongan, sekali gus membolehkan lebih banyak permintaan terhadap tenaga buruh bagi memastikan pengoperasian…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: