Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Proton pengimport, pengedar kenderaan smart

today19 January 2022

Background


PETALING JAYA – Pengeluar kereta nasional, Proton menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan smart Automobile Company (smart), untuk bekerjasama memperkenalkan kenderaan tenaga baharu (NEV) keluaran smart dalam pasaran automotif ASEAN.

Perjanjian itu menyaksikan Proton Edar dilantik sebagai pengimport, pengedar dan wakil jualan untuk smart di Malaysia dan Thailand, manakala anak syarikat milik penuh smat, smart Automobile (Nanning) Sales Co. Ltd. memainkan peranan sebagai pintu masuk untuk smart ke rantau ini.

Majlis menandatangani MOA diadakan secara maya antara Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah bersama Naib Presiden Kewangan smart, Ulf Nestler sambil disaksikan Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif smart, Tong Xiangbei.

Syed Faisal berkata, perjanjian dengan smart membolehkan pihaknya menimba pengalaman dalam penjualan, perkhidmatan dan pengecasan NEV serta membina kemahiran yang diperlukan untuk menguasai sektor…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post