Connect with us
Fokus Pagi bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana

Buletin

Polis nafi kejadian rompak di PJ

Published

on


KUALA LUMPUR: Polis menafikan kononnya berlaku kejadian rompakan di sebuah bank di Jalan SS 2/60 Petaling Jaya, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, seorang lelaki warga tempatan menghubungi polis memaklumkan terdapat tompokan merah dipercayai darah di dalam ruang mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, berikutan laporan itu, sepasukan anggota ke bank tersebut dan mendapati terdapat tompokan darah di situ.

Bagaimanapun, katanya, tiada saksi yang melihat sebarang kejadian jenayah berlaku di kawasan tersebut.

“Sebaliknya, semakan rakaman kamera litar tertutup mendapati terdapat seorang lelaki dianggarkan berusia 60 hingga 70 tahun memasuki bank berkenaan sebelum melakukan transaksi di salah satu ATM.

“Semasa lelaki tersebut beredar, didapati ada tompokan darah di bawah bahagian kaki sebelah kanan kakinya dan kita percaya lelaki tersebut telah mengalami kecederaan terlebih dahulu sebelum memasuki bank,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Nik Ezanee menasihatkan agar orang ramai tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu yang tular dalam media sosial sehingga menimbulkan kekeliruan terhadap orang ramai mengetahui kesahihannya.

“Mana-mana individu yang menyebarkan berita palsu boleh ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

The post Polis nafi kejadian rompak di PJ appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +6037-722 5655
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.