Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Pertandingan DIY Made Simple kembali

today7 May 2022

Background


PETALING JAYA – Peruncit barangan pembaikan rumah, MR D.I.Y. Group (M) Bhd. (MR D.I.Y.) dengan kerjasama Pusat Komuniti dan Kelestarian Universiti Malaya (UMCares) bakal melancarkan edisi ke-6 pertandingan tahunan DIY Made Simple.

Pertandingan yang terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah seluruh negara dan disokong oleh Kementerian Pendidikan (KPM) bertujuan menggalakkan para pelajar memahami serta menghargai impak positif budaya ‘buat sendiri’ (DIY) ke atas negara dan komuniti.

Tema tahun ini, ‘Menghadapi Norma Baharu: Transformasi Sekolah’ menyeru pelajar untuk mencari jalan mempertingkatkan kemudahan di sekolah mereka sambil menyesuaikan diri dalam norma baharu dengan memulakan projek DIY menggunakan bahan dikitar semula.

Pengerusi Kumpulan MR D.I.Y., Datuk Azlam Shah Alias berkata, DIY Made Simple bukan sekadar satu pertandingan dan ia menggalakkan perkongsian idea tentang cara mempraktikkan amalan mesra alam, menggalakkan budaya naik taraf dan guna semula,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post