KUALA LANGAT – Permintaan lembu untuk ibadah korban tetap meningkat walaupun harga ruminan tersebut dijangka meningkat tahun ini.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Dr. Abdul Razak Khasbollah, setakat ini pihaknya telah menerima pesanan sebanyak 2,000 ekor lembu untuk ibadah korban.
“Tahun lepas kami memasarkan sebanyak 1,200 ekor lembu korban. Ketika itu harga bermula daripada RM4,500 seekor.
“Kali ini, walaupun harga ditawarkan meningkat bermula daripada RM5,000 seekor, permintaan telah melonjak lebih 40 peratus,” katanya ketika ditemui di Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL) Teluk Panglima Garang semalam.
Abdul Razak berkata, kenaikan kos seperti makanan ternakan sejak beberapa bulan kebelakangan ini menyebabkan harga lembu tidak dapat dikekalkan seperti tahun lalu.
Tambahnya, usaha kerajaan termasuk inisiatif menanam jagung di Negeri Sembilan amat dialu-alukan dan beliau berharap penanaman rumput Napier dapat diperbanyakkan dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: