Connect with us

Story

Peminjam PTPTN Nikmati Diskaun Sehingga 15%

Dah ada diskaun tu, jom bayar!

Published

on

DALAM pembentangan Bajet 2022, kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada para peminjam.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peminjam berpeluang menikmati tiga kategori diskaun mulai 1 November 2021 sehingga 30 April 2022.

Inisiatif ini dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada 1.67 juta peminjam PTPTN serta bagi memudahkan proses bayaran balik dan memupuk sikap bertanggungjawab.

Tiga kategori diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN

Bagi kategori pertama, peminjam yang membuat penyelesaian penuh pinjaman layak mendapat diskaun sebanyak 15 peratus atas baki hutang. 

Manakala, 12 peratus diskaun diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran. 

Bagi kedua-dua kategori ini, peminjam perlu mendapatkan pengesahan baki hutang melalui portal rasmi PTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn.  

Sementara itu, kategori ketiga pula membabitkan diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

Untuk kategori ini, peminjam yang ingin membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus hendaklah membuat permohonan secara dalam talian di pautan berikut:

Peminjam yang sedang membuat bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji atau debit terus juga layak menerima diskaun 10 peratus tertakluk kepada bayaran balik yang diterima oleh PTPTN mulai 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Insentif diskaun akan dikemas kini dalam akaun pinjaman peminjam pada setiap akhir bulan dan peminjam boleh membuat semakan penyata masing-masing mulai tujuh hari bulan pada bulan berikutnya.

Lahir rasa lega

Faieq Nuqman Mohd Zaidy, 24, berterima kasih kepada kerajaan dan PTPTN atas pemberian insentif diskaun dan berpandangan bahawa insentif ini amat membantu peminjam.

“Ini berikutan ramai yang terkesan akibat Covid-19 baru bangun semula untuk meneruskan kehidupan dan mula menyimpan duit. 

Eksekutif perbankan, Ainaa Nadhirah Mat Adam, 29, pula berkata pengumuman itu merupakan berita gembira buatnya kerana sudah lama dia berazam menyelesaikan baki pinjaman yang tertunggak. 

“Mungkin pada sesetengah orang merasakan insentif diskaun ini kecil nilainya, namun ia sudah cukup membantu peminjam seperti saya untuk membayar balik pinjaman daripada tiada diskaun langsung,” katanya.

Justeru, insentif diskaun yang diumumkan ini wajar digunakan sebaik mungkin oleh peminjam PTPTN dengan merancang pembayaran balik yang lebih konsisten demi kelestarian generasi akan datang.

PTPTN sentiasa komited dan bersedia untuk membantu peminjam selaras dengan inisiatif #PTPTNSediaBantu.

Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN di ruangan Soalan Lazim atau hubungi PTPTN melalui saluran berikut:

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5656
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di