Connect with us

Hiburan

Pemandu Teksi Ditahan Selepas Rakam Gambar Wanita

Arab Saudi larang rakam gambar tanpa izin…

Published

on

Kerajaan Arab Saudi bertindak tegas menahan individu yang merakam gambar orang lain tanpa mendapat kebenaran mereka terlebih dulu. Tindakan ini berikutan terdapat peningkatan terhadap amalan tersebut sejak kebelakangan ini.

Menurut laporan Agensi Berita Saudi, seorang pemandu teksi ditahan pihak polis baru-baru ini atas dakwaan merakam gambar seorang penumpang wanita tanpa kebenaran. Pihak polis berkata individu tersebut ditahan di bawah undang-undang pencegah jenayah siber. Selain didakwa atas kesalahan merakam gambar penumpang secara rahsia, dia turut didakwa kerana menyebarkan gambar-gambar tersebut di media sosial. 

Kes yang berlaku di Riyadh itu melibatkan seorang pemandu teksi warga Pakistan berusia dalam lingkungan 60-an. Kemungkinan pemandu teksi tersebut tidak mengetahui kewujudan undang-undang tersebut yang menyebabkan dia melakukan perbuatan itu. Dia kemudian diserahkan kepada pihak pendakwa raya Arab Saudi untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, perkembangan teknologi telefon bimbit yang dilengkapi dengan kamera canggih menjadi punca kepada masalah tersebut. Ia memudahkan mana-mana individu untuk melakukan rakaman secara spontan pada bila-bila masa. Kebanyakkan gambar disimpan sendiri, namun tetap ada gambar-gambar lain yang dimuat naik ke laman sosial yang mana ia tidak mendapat keizinan mereka yang terbabit. Perbuatan yang tidak diketahui mangsa ini bakal memberi persepsi buruk dalam masyarakat. 

Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak menyedari bahawa perbuatan merakam gambar tanpa kebenaran menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang Arab Saudi. Mereka yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara satu tahun dan didenda sebanyak 500,000 riyal (RM556,000). Secara amnya, tanpa adanya undang-undang ini, perbuatan merakam gambar individu lain tanpa izin tetap menjadi satu kesalahan dan tidak patut dilakukan.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.