Connect with us
Fokus Pagi bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana

Buletin

Pemain Kuching FA positif Covid-19

Published

on


KUALA LUMPUR – Seorang pemain pasukan Liga Premier, Kuching FA disahkan positif wabak Covid-19 dan diklasifikasikan sebagai kluster Hospital Sentosa hari ini.

Hasil daripada keputusan tersebut telah menyebabkan pasukan Kuching FA menghentikan serta-merta persiapan dan latihan yang dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL)

“Seorang pemain pasukan kami disahkan positif Covid-19. Beliau yang bertugas di Hospital Sentosa telah diklasifikasikan dari kluster hospital tersebut.

“Pihak kami sentiasa menekankan kepada kepatuhan dengan setiap SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan MFL dalam aktiviti latihan harian kami.

“Oleh itu, kesemua aktiviti latihan  diberhentikan sementara waktu. Pasukan akan mengikuti panduan dan arahan dari pihak berkuasa demi keselamatan bersama,” kata Kuching FA menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasmi sebentar tadi.

KENYATAAN Kuching FA yang dipetik dari laman sosial Facebook sebentar tadi.

Bagaimanapun, nama pemain tersebut tidak didedahkan oleh pengurusan Kuching FA.

Sebagai rekod, ini adalah kes pertama kes positif Covid-19 melibatkan atlet sukan bola sepak di Malaysia. – K! ONLINE

The post Pemain Kuching FA positif Covid-19 appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +6037-722 5655
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.