Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Pelancong ke Sarawak naik lima kali ganda

today19 January 2022

Background


PETALING JAYA – Jumlah ketibaan domestik ke Sarawak pada Disember lalu merekodkan peningkatan sebanyak 562 peratus berbanding Disember 2020, menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Jelasnya, pihaknya turut mengharapkan lonjakan yang hampir sama dalam tempoh masa terdekat, iaitu bagi bulan Januari dan Februari tahun ini.

“Bermula 14 Januari, jumlah penerbangan ke Sarawak telah meningkat kepada 562 penerbangan seminggu, berbanding hanya 307 penerbangan seminggu sebelum ini.

“Sebelum pandemik, jumlah penerbangan ke Sarawak adalah sekitar 600 seminggu, bermakna kami sudah semakin menghampiri paras normal,“ katanya pada majlis pelancaran kempen kembara Sia Sitok Sarawak Plus di sini semalam, anjuran Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dengan kerjasama Malaysia Aviation Group (MAG).

Sia Sitok Sarawak, yang membawa maksud Sana Sini Sarawak memberi peluang kepada pelancong untuk mengunjungi Bumi Kenyalang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Sukan

Taylor Regan Kembali Ke A-League Sertai Newcastle Jets

Tiga tahun beraksi dalam Liga Malaysia, pemain pertahanan dari Australia, Taylor Regan membuat keputusan untuk kembali semula ke A-League apabila Tiga tahun beraksi dalam Liga Malaysia, pemain pertahanan dari Australia, Taylor Regan membuat keputusan untuk kembali semula ke A-League apabila diumumkan sebagai pemain baharu Newcastle Jets.

today19 January 2022