Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

PCG ambil alih Perstorp dengan nilai RM7.018 bilion

today17 May 2022

Background


PETALING JAYA – Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) menandatangani Perjanjian Pembelian Sekuriti pada 14 Mei lalu bagi mengambil alih keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Perstorp Holding AB (Perstorp), sebuah syarikat bahan kimia khusus global didorong oleh kelestarian pada harga EUR1,538 juta, bersamaan RM7.018 bilion.

Perjanjian tersebut ditandatangani dengan FinanciΓ¨re ForΓͺt S.Γ .r.l, sebuah syarikat di bawah firma ekuiti swasta Eropah, PAI Partners.

Pengambilalihan tersebut menilaikan Perstorp Group pada nilai perusahaan sebanyak EUR2,300.0 juta, bersamaan RM10.5 bilion.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Mohd. Yusri Mohamed Yusof berkata, pengambilalihan itu merupakan peristiwa penting bagi PCG dalam mewujudkan platform utama untuk mempelbagaikan industri kimia khusus dan merebut peluang pertumbuhan baharu.

β€œIa membolehkan kami mengekalkan kesinambungan masa hadapan syarikat dalam menghadapi turun naik pasaran dan dinamik perubahan industri.

Mohd. Yusri…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post