Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Paul Pogba Sah Bakal Kembali Sarung Jersi Juventus

today24 June 2022

Background
Paul Pogba




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Selepas meninggalkan Turin kira-kira enam tahun lalu, Paul Pogba dilihat akan kembali semula ke bandaraya metropolitan tersebut selepas beliau disahkan mencapai persetujuan untuk menyarung jersi Juventus.

Perpindahan secara percuma dari Manchester United itu disahkan oleh wartawan bola sepak terkenal dunia, Fabrizio Romano yang mengatakan perjanjian akan dimeterai kedua-dua belah pihak pada awal Julai nanti.

Seperti yang diketahui, Pogba meninggalkan Juventus untuk menyertai Manchester United pada musim 2016/17 sebagai rekod perpindahan termahal pada ketika itu dengan nilai Β£89.3 juta.

Kini kembalinya semula beliau ke Juventus tanpa sebarang bayaran selepas kontrak beliau tamat pada penghujung bulan ini. Satu keadaan yang serupaΒ  [perpindahan percuma] ketika gergasi Serie A itu mula membawanya ke Allianz Stadium pada 27 Julai 2012.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post