Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Operasi pindah minyak Victoria STS berjaya

today12 May 2022

Background


PETALING JAYA -Straits Energy Resources Berhad (Straits) melalui unitnya,Β  Victoria STS (Labuan) Sdn. Bhd. (Victoria STS) telah berjaya melengkapkan operasi pemindahan minyak mentah kapal-ke-kapal (STS) buat kali pertama di Victoria Bay, Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Victoria STS, Benjamin Bernard Bijon berkata, pemindahan STS pertama kali di perairan Labuan itu memberi petanda baik untuk pembangunan aktiviti berkaitan maritim pulau berkenaan.

β€œOperasi STS melibatkan 580,964 tong minyak mentah (bernilai kira-kira AS$60 juta) dari Seria Brunei itu berjaya disiapkan di salah satu daripada enam dermaga yang diluluskan dengan ke dalaman air selamat sehingga 30 meter.

β€œIa terletak bersebelahan taman laut Pulau Kuraman.

β€œOperasi yang dijalankan dengan lancar itu mengambil masa kira-kira 20 jam dan selesai awal pagi tadi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

BernardΒ  menjelaskan, minyak mentah yang dipindahkan itu adalah dari kapal Nissos Tinos Majuro ke kapal…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post