Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

NSCMH Dialysis Care cadang buka dua lagi cawangan

today12 May 2022

Background


SEREMBAN – Bagi menampung keperluan rawatan pesakit buang pinggang di Negeri Sembilan, pusat rawatan dialisis, NSCMH Dialysis Care bercadang untuk membuka dua lagi cawangan pusat rawatan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. N. Eswaran berkata, dua lokasi berkenaan adalah di daerah Port Dickson dan Nilai, yang mana didapati terdapat ramai pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan di kawasan tersebut.

Menurut beliau, pembukaan dua pusat rawatan dialisis itu akan melibatkan kos sebanyak RM2.4 juta, melibatkan 12 mesin dialisis.

β€œDi Port Dickson, ia dijangka dibuka pada hujung tahun ini manakala di Nilai pula dalam tempoh 12 bulan lagi.

β€œTerdapat peningkatan 40 hingga 46 peratus dalam kalangan pesakit buah pinggang ketika ini. Diharap pembukaan pusat rawatan dialisis ini dapat memberi kemudahan dan memberi peluang buat pesakit mendapatkan rawatan terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia di NSCMH…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI