Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Northport terima anugerah IAPH 2020 Sustainability Award

today18 May 2022

Background


PETALING JAYA – Northport (Malaysia) Bhd (Northport) telah diumumkan sebagai pemenang anugerah IAPH 2022 Sustainability Award di bawah kategori Keselamatan, Kesihatan dan Sekuriti dalam satu majlis di Kanada baru-baru ini.Β 

IAPH atau International Association of Ports and Harbors adalah gabungan global dengan ahlinya terdiri daripada pihak berkuasa pelabuhan, pengendali pelabuhan serta perniagaan berkaitan pelabuhan dari 87 buah negara.Β 

Pelabuhan di bawah IAPH mengendalikan kira-kira satu pertiga daripada dagangan perairan dunia dan lebih daripada 60 peratus trafik kontena dunia.

Melalui projek bertajuk Perjalanan Ke Arah Kecemerlangan HSE,Β  Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof berkata, pengiktirafan daripada institusi global yang disegani seperti IAPH, telah menobatkan ia sebagaiΒ  pelabuhan Malaysia pertama memenangi anugerah IAPH…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post