Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MTC umum penganjuran Ekspo Kayu Malaysia 2022

today22 June 2022

Background


PETALING JAYA – Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) mengumumkan penganjuran Ekspo Kayu Malaysia (MWE) 2022 yang bakal diadakan pada 20-22 November ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Bertujuan memartabatkan industri di tengah-tengah endemik, pameran perdagangan itu disasarkan untuk memberi inspirasi, penyelesaian baharu dan peluang lebih besar dalam industri perkayuan.

Pengerusi MTC, Norrida Yusoff berkata, pihaknya menjangkakan jumlah kehadiran pembeli antarabangsa yang tinggi, menawarkan peluang perniagaan terbaik buat pempamer.

β€œSegala-galanya bakal digandakan berbanding MWE 2019, daripada ruang lantai pameran hinggalah kepada pelbagai inisiatif yang disediakan untuk menjadikan ekspo ini satu kejayaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

MWE 2022 dianjurkan bersama oleh MTC dan Panels & Furniture Group, serta disokong oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

MWE 2019 sebelum ini telah meraih banyak kejayaan dengan lebih 60…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post